Sunday, May 23, 2010

POKOK ARA / TIN

Pokok Ara (bahasa Inggeris: ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae.

Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat.

Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.

Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara".

Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular.

Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan.

Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.

Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran.

Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan.

Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antar tumbuhan terawal yang ditanam manusia.

Pokok Ara dan kesihatan

Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol.

Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma.

Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ara

No comments:

Post a Comment